Sunday, May 3, 2015

Laksa Penang Di Kelantan





Saya mengakui yang kebelakangan ini masa saya agak terhad untuk mengemaskini blog. Jika ada pulak masa, saya yang tiada mood untuk menulis disebabkan perkara perkara yang tidak dapat dijelaskan lagi di sini. Tapi saya akan mencari masa untuk menulis berkenaan perjalanan saya ke Chennai dan juga Majlis Makan Malam Anugerah Kurshiah yang saya hadiri. 

Kali ini saya ingin berkongsi resepi laksa Penang yang saya sediakan  semasa di rumah kakak selepas terdapat banyak lebihan laksa. Masih menggunakan resepi yang sama di SINI. Sebenarnya orang Kelantan tak ramai yang biasa makan dan menyukai laksa Penang. Kami lebih menggemafi laksa Kelantan yang berkuah lemak, termasuklah saya sendiri. Apa apa pun laksa yang disediskan sendiri lebih sedap dari yang dibeli kerana kita boleh meletak lebih ikan. Hmmm cer tengok betapa banyak nyer ikan di dalam laksa ini.

Tanpa melengah lengahkan masa, jom lah kita semak resepi dulu. Resepi ini saya pelajari dari sahabat saya, Puan Yarina yang memang pakar dalam menyediakan masakan utara...




Laksa Penang

Bahan bahan:
Laksa
2 kg ikan kembung - rebus & ambik isi
2 biji bawang besar
15 bawang merah
2 ibu jari belacan
1 senduk cili kisar
22 keping asam keping
2 bunga kantan - belah 4
1 ikat daun Kesum
Garam

Bahan hiasan:
Telur - rebus & belah 2
Timun - hiris
Salad - hiris
Bawang besar - hiris
Cili hidup - hiris
Limau kasturi - belah 2
Daun pudina - jika suka
Cili padi - jika suka
Otak udang - jika suka

Cara cara:
Rebus ikan dan air rebusan disimpan untuk dibuat kuah. Blend isi ikan halus dan separuh pula di blend kasar kerana saya suka kuah yang terasa isi ikannya. 

Manakala bahagian kepala ikan dan tulang diblend dan ditapis airnya.

Masukkan bawang yang dikisar bersama belacan dan cili kisar ke dalam air rebusan ikan. Masukkan asam keping, daun kesum dan bunga kantan.

Masukkan isi ikan yang dikisar halus, yang dikisar kasar dan juga isi ikan yang dicarik carik sahaja. Masak dengan api perlahan dan biarkan merenih. Masukkan garam dan sesuaikan rasa dan kepekatannya.

Bolehlah dihidangkan dengan meletak laksa di dalam pinggan, tuangkan kuah laksa ke atasnya. Kenudian akhir sekali ditabur bahan bahan dan sayuran yang dihiris. 




from Azie Kitchen http://ift.tt/1OSsIic

No comments:

Post a Comment