Sunday, October 5, 2014

Buah-buahan tempatan

Terdapat banyak jenis buah-buahan tempatan. Antaranya adalah buah durian, langsat, duku, rambutan, manggis dan bermacam lagi.

Buah yang dikenali sebagai raja buah adalah buah durian. Pokok buah durian mengambil masa sehingga 4-5 tahun untuk matang dan berbuah.

Buah-buahan lain ada yang masam dan ada yang manis. Aku amat gemar dengan buah-buahan tempatan.

Makanlah buah-buahan tempatan seperti betik


khasiat buah betik


Buah betik kaya dengan vitamin A dan C. Vitamin A penting untuk kesihatan mata, sebagai anti oksidan dan juga penting untuk sistem pertahanan tubuh dan juga pertumbuhan. Vitamin A larut dalam lemak.

Vitamin  C pula penting untuk kesihatan kulit, sistem pertahanan tubuh dan juga untuk kesihatan tulang dan gigi. Daun buah betik boleh dibuat ulam.

Selain itu, buah betik dikatakan mampu mencegah pembentukan batu karang di dalam pundi kencing. Buah betik kaya dengan serat yang dapat mencegah kita dari mengalami sembelit.

Saya juga suka makan buah betik ini kerana rasanya yang lemak. Buah betik yang dijual di gerai tepi jalan dan sebagainya jika dilihat amat menyegarkan . Jika dibeli dan dimakan, sudah tentu dapat menyegarkan badan terutama jika waktu tengahari atau ketika keletihan.

Buah betik muda rasanya agak kelat. Bijinya yang kehitaman lazimnya diasingkan dan dibuang. Harga sepotong buah betik biasanya berkisar di antara RM 0.50 sehingga RM 1.50.

Tidak dinafikan bahawa buah ini juga digemari oleh penggemar seperti buah durian, duku , langsat, rambutan dan sebagainya. Pokok betik pula sangat muda ditanam dan hidup subur.

Daun buah ini apabila dilayur di atas api kemudian ditekap dapat mengurangkan kerengsaan dan ketidakselesaan otot. Jika terasa sengal sendi, ambil daun muda buah ini kemudian tumbuk lumat dan campur sedikit limau nipis dan minum.

Khasiat terakhir buah betik ini adalah ianya dapat mengubati tumit kaki yang pecah-pecah dengan cara mengambil getah buah muda dan disapu ditempat pecah-pecah tersebut.