Tuesday, October 1, 2024

Biji buah betik boleh dimakan


biji betik boleh dimakan



Betik adalah buah yang manis dan kaya dengan kebaikan yang luar biasa. Jika tertelan biji betik, tidak perlu risau kerana bijinya sebenarnya boleh dimakan, dan bagi peminat rasa pahit, biji betik mungkin menjadi kegemaran. Ramai yang mungkin tidak tahu, betik mempunyai banyak kebaikan utama yang sering diabaikan. Jangan sekadar menikmati rasanya, tetapi juga wajib memahami khasiatnya. Terdapat pelbagai jenis betik, termasuk betik kampung dan betik kacukan yang dikenali sebagai betik Exotica. Betik Exotica lebih berisi, rasanya lebih manis, dan warnanya lebih terang.


Pertama, betik bertindak sebagai pelembut daging. Kandungan papain dalam betik membantu memecahkan molekul protein yang kuat pada daging, terutama daging kerbau. Cara menggunakannya mudah sahaja, hanya gunakan betik yang belum ranum, potong dadu dengan kulitnya, dan blend. Jus betik itu kemudian dioleskan pada daging dan diperap selama 2-3 jam. Perap terlalu lama boleh menyebabkan daging menjadi kering.


Kedua, betik mengandungi antioksidan, terutamanya lycopene, yang memerangi radikal bebas dalam tubuh. Radikal bebas sering muncul akibat pengambilan makanan tidak sihat seperti makanan bergula, dan bahayanya boleh menyebabkan penyakit Alzheimer. Lycopene dalam betik membantu meneutralkan radikal bebas, seperti yang dicatatkan dalam jurnal *Clinical Intervention in Aging*.


Ketiga, betik juga mempunyai sifat anti-kanser, terutamanya dalam pencegahan kanser payudara. Kajian tentang kehebatan betik dalam bidang ini telah dibincangkan dalam jurnal *International Journal of Food Sciences and Nutrition*, dan lycopene merupakan agen utama dalam melawan kanser ini.


Keempat, betik menyihatkan jantung. Kajian yang diterbitkan dalam *The American Journal Medicine* mendapati bahawa vitamin C dan lycopene dalam betik dapat mencegah penyakit jantung, menjaga kesihatan prostat pada lelaki, dan menghalang pertumbuhan tumor.


Kelima, betik bersifat anti-inflamasi atau anti-radang. Ia membantu menurunkan jumlah C-Reactive Protein (CRP) yang merupakan punca utama inflamasi. CRP juga mengganggu hormon kenyang, Leptin, yang menyebabkan seseorang makan lebih banyak kerana otak tidak dapat mengenal pasti hormon tersebut, lalu terus merasa lapar.


Keenam, betik berperanan dalam menghalang kerosakan kulit. Vitamin A, C, E, serta lycopene yang terkandung dalam betik menjaga kulit daripada kedutan, kendur, dan bintik-bintik. Kajian dalam jurnal *International Journal of Cosmetic Science* mendapati pengambilan betik selama 14 minggu dapat membantu memudakan kulit.


Ketujuh, betik dapat membantu menurunkan kolesterol. Antioksidan, serat, dan kalium dalam betik memastikan arteri tidak tersumbat dan melancarkan aliran darah.


Akhir sekali, ekstrak daun betik dilaporkan dapat meredakan kesakitan haid. Kajian dalam *International Journal of Scientific and Research Publications* pada tahun 2020 menunjukkan potensi besar ekstrak ini dalam mengurangkan kesakitan menstruasi.


Ringkasnya, biji buah betik (papaya seeds) memiliki beberapa manfaat kesihatan yang mungkin belum banyak diketahui. Berikut adalah beberapa kebaikannya:


1. Menjaga Kesihatan Pencernaan: Biji betik mengandungi serat yang dapat membantu melancarkan pencernaan dan mencegah sembelit. Selain itu, enzim papain dalam betik juga membantu memecahkan protein dalam makanan.


2. Sifat Anti-parasit: Biji betik memiliki sifat antiparasit yang dipercayai dapat membantu menghilangkan cacing dan parasit dalam usus.


3. Sumber Antioksidan: Biji betik mengandungi sebatian polifenol dan flavonoid, yang bertindak sebagai antioksidan untuk melindungi tubuh daripada kerosakan radikal bebas.


4. Menyokong Kesihatan Hati: Konsumsi biji betik secara sederhana dipercayai dapat membantu dalam detoksifikasi hati dan memperbaiki fungsi hati yang mungkin terjejas akibat toksin atau penyakit.


5. Sifat Antibakteria dan Antiradang: Biji betik memiliki sifat antibakteria yang dapat membantu melawan bakteria jahat dalam sistem pencernaan. Kandungan anti-radangnya juga boleh mengurangkan keradangan di dalam tubuh.


6. Mengawal Tahap Kolesterol: Beberapa kajian menunjukkan bahawa biji betik dapat membantu menurunkan kadar kolesterol kerana kandungan lemak tak tepu dan seratnya.


Namun, penting untuk diingat bahawa biji betik harus dikonsumsi secara sederhana, kerana dalam jumlah yang berlebihan, beberapa sebatian dalam biji ini, seperti papain, dapat menimbulkan kesan sampingan.

Monday, May 11, 2015

Resepi sayur kobis


 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah sos tiram, garam, bawang kuning, bawang putih. Mula-mula tumiskan bawang kuning bersama bawang putih yang telah dihiris. Setelah pecah minyak, masukkan secawan air atau lebih. Jika suka kuah banyak, masukkan lebih air.

Biar mendidih sedikit. Kemudian masukkan sayur kobis, sos tiram sebanyak 2 sudu besar dan garam secukup rasa.

Biar masak selama 3@4 minit supaya sayur kobis jadi lebih lembut. Jika suka sayur berbunyi rangup apabila dikunyah, cepatkan sedikit tempoh memasak tersebut.

Boleh juga ditambah sotong, daging lembu atau ayam. Jika ingin lebih save budget. Potong 2 batang sosej kecil-kecil dan goreng. Hidangkan bersama nasi putih.

Selamat Mencuba!!

Friday, May 8, 2015

Hanya di pasar tani

Bila saya teringat dan teringin nak makan sayur kampung pasar tani la tempat yang saya pergi sebab macam-macam jenis sayur kampung ada dijual kat pasar tani . Semua sayur-sayur dan ulam-ulam segar sebab baru di petik sebelum dijual . Hujung minggu baru ni masa cuti 1 Mei kami sekeluarga balik kampung di Kuala Klawang . Syukur alhamdulillah seronoknya balik kampung , masa kat kampung cuaca cukup sejuk sebab sekarang ni musim hujan so memang berkabus la pekan Kuala Klawang ni masa awal pagi . Masuk saja pasar tani mata saya terpesona tengok warna hijau sayur-sayur kampung yang segar bugar ni , ikut kan selera semuanya nak di beli hehehe tapi saya beli sayur yang hanya nak dimasak . Alhamdulillah dan insyallah cuti lain kali kita boleh balik kampung dan singgah paar tani ^_^ macam-macam ada......

Pekan Kuala Klawang pada pukul 7.30 pagi , berkabus sejuk macam kat Cameron Highland . Tenang dan nyaman . Pekan Kuala Klawang maintain sama saja suasananya , udara bersih dan pekan kecil ni masih sama macam 18 tahun dulu .


dari kiri - pucuk tangkis , pucuk paku bara dan pucuk paku tanjung


Daun maman


Segar bugar pucuk paku , banyak sungguh pucuk paku sebab sekarang ni musim hujan so memang banyak pucuk paku tumbuh di kawasan kampung . Dulu bapa mertua kutip sendiri pucuk paku bila pergi menoreh getah tapi sejak berhenti menoreh kalau nak makan pucuk paku kami akan beli . Dulu bapa mertua masa masih aktif menoreh getah memang banyak kutip pucuk daun dari kampung macam pucuk paku , pucuk cemperai , cendawan kukur yang sebesar syiling 30 sen , cendawan busut , daun tangkis dan macam-macam lagi . 


Macam-macam ada huhuh rambang mato den ni tengok , ikut selera semua nak di beli hehe


Pucuk paku dan pucuk selom.


Dear hubby beli potai sebab nak masak sambal pucuk kayu 


Perjalanan pulang ke rumah mertuo den , sojuk cuaca dengan pemandangan yang sangat mendamai kan . Mano nak dapek suasana dan cuaco macam ni kat pokan bosa . Balik kampung kumpul adik-beradik bestnyaaa...


Mcam-macam anak pokok dijual kat pasar tani pokan Kuala Klawang ni , amak pokok getah pun ada dijual nasib la den tak boli ^_^

Selesai beli barang kat pasar kami singgah  kat kedai makan berhampiran pasar , orang Klawang mesti tau kedai makan ni sebab roti canai kat kodai makan ni memang sodapppp terbaik . Balik kampung baru dapat makan pulut kuning dengan sambal tumis ikan bilis ni . Kat kampung suami den menu pulut ni memang biasa di makan pada waktu pagi kalau kat negeri lain pulut kuning dimakan dengan rendang tapi di sini pulut dimakan dgn sambal tumis ikan bilis yang dimasak campur santan . Selalunya kalau rewang waktu nak kenduri akan dihidangkan sarapan menu pulut dengan sambal ikan bilis .



from RESEPI NENNIE KHUZAIFAH http://ift.tt/1InkN6Z

Thursday, May 7, 2015

SELAMAT HARI LAHIR ANAKANDA ZAHRA...

( gambar dari www.benashaari.com )

Masih teringat kegembiraan jiran che mat, Ben Ashaari dan Azila (isteri beliau) menerima kehadiran seorang puteri sebagai pelengkap kehidupan mereka setelah lahir anak 'lanang' mereka sebelum itu (sorry Qhaliff, pak tua mat terlupa hari lahir Qhaliff tempoh hari ). Dan pada saat anda baca entri ini, cukup setahun sudah usia anakanda Zahra Nur Iman. Ini pertama kali pak tua mat tulis entri untuk Zahra. Pak tua mat doakan Zahra diberi kesihatan dan dipermudahkan untuk menjalani kehidupan hingga dewasa nanti. Menjadi anak perempuan, hebat dugaannya, tapi pak tua mat percaya, Zahra, in sha Allah dapat menempuhinya dengan penuh ketabahan dan kecekalan. Moga Allah swt beri keteguhan iman pada jiwa dan raga anakanda. Sebagai pesanan seorang pak tua pada Zahra, ingatlah, siapa pun kita, di mana pun kita berada dan apa pun kedudukan kita nanti....ibu dan ayah jangan sesekali kita belakangkan....Selamat hari lahir anakanda Zahra Nur Iman Bt Salbani..

~: Pak Tua Mat :~
12.00 a.m bersamaan 8hb Mei 2015 


from Dapur Tanpa Sempadan... http://ift.tt/1QqkNWN

Chennai Kami Datang




Sungguh tak menyangka saya akan menjejakkan kaki ke Chennai kerana jika India, pasti yang terbayang dan yang ada dalam angan angan ialah New Delhi dan Agra. Hmm pastinya Taj Mahal yang merupakan salah satu dari keajabiban dunia yang mesti dilawati. Tapi kesempatan menghadiri seminar di India menjadikan Chennai, bandar pertama di India yang saya jejaki. Saya membawa sekali Juita dan Aween sebagai peneman kerana saya memang risau untuk ke negara seperti India berseorangan diri. 





Kami menaiki Flight MH 0182 yang sepatut berlepas pada pukul 9.35 pagi tapi telah lewat hampir 30 minit dan bertukar gate sebanyak 3 kali. Kami mendarat di Lapangan Terbang Chennai pada pukul 1.47 petang waktu Malaysia. Iaitu kira kira pukul 11.20 pagi waktu tempatan. Perjalanan ke hotel menyaksikan jalan raya yang sibuk, panas dan berdebu. Semasa dalam perjalanan ke hotel, saya mengambil kesempatan melihat keadaan bandar dan masyarakatnya yang kelihatan agak susah berbanding dengan tempat kita di sini. Ramai yang duduk di kaki lima jalan yang berdebu dan kenderaan yang penuh dan bersesak sesak. Melihatkan keadaan ini menjadikan saya merasa amat bersyukur kerana dilahirkan di bumi Malaysia yang bertuah.





Kami menginap di Hotel Courtyard Marriott Chennai yang terletak berdekatan dengan tempat seminar. Sesampai di hotel, saya menunaikan solat dan terus mengambil teksi hotel untuk ke T Nagar yang sangat terkenal sebagai tempat membeli belah terutama kain sari. Pelbagai cerita yang tidak enak dibaca mengenai Chennai. Antaranya ialah kesesakan jalanraya yang melampau, kekotoran dan bau serta masyarakatnya yang homeless. Saya bernasib baik kerana pada hari Ahad, jalanraya tidaklah sesak seperti yang saya baca. Kedudukan hotel yang dalam kira kira 10 minit perjalanan sahaja untuk ke T Nagar.




Memang best membeli belah di India disebabkan nilai ringgit berbanding Indian Rupee menjadikan harga barang di sana sangat murah. Namun kerana saya ke sana untuk menghadiri seminar menjadikan masa untuk bershopping adalah terhad kecuali hari pertama. Hari hari lain seminar habis agak lewat dan ada lawatan yang sehingga ke malam. Saya pula jenis yang tak berapa suka berada di luar di malam hari. Terasa lain macam jer untuk berada di tempat sibuk di waktu malam.

Hari pertama kami menyewa teksi melalui pihak hotel dengan kadar IR1067 untuk selama 2 jam. Pemandunya membawa kami ke Hayagrivas, sebuah kedai yang menjual kain sari. Oleh kerana ianya adalah kedai pertama, jadi saya tak pasti jika ianya lebih murah berbanding dengan kedai lain. Namun begitu, banyak juga saya memborong di situ. Seperti biasalah, bila harganya murah, kita mencari kain yang lebih mahal supaya alah membeli menang memakai. Saya membeli kain sari sutera untuk dibuat baju kurung dipakai sempena hari raya nanti. 





Dari situ, kami singgah makan briyani di Buhari hotel yang briyaninya sangat sedap walaupun nasi dimakan begitu sahaja. Satu yang saya perhatikan, di sini lauk yang diberikan adalah sangat kecik portionnya menjadikan kita orang Malaysia merasa tak puas makan lauknya. Selepas makan kami le Pothys di mana Aween membeli beberapa helai baju kemeja. Gedung ini sangat besar dengan menpunyai lebih dari 8 tingkat.








Pengalaman pertama makan makanan India yang sebelum ini saya tidak berapa gemari adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Tapi kerana dah tak ada pilihan, saya terpaksa makan lah juga. Dari sini barulah saya mengenali beberapa jenis makanan India yang sedap. Antaranya ialah Tosai Massala, Paneer paratha, Idli, Idiyappam dan Masalla Teh. Makanan yang disediakan di hotel semasa sarapan juga sangat sedap. Semasa seminar, saya perhatikan nasi yang dihidangkan bersama lauk yang berupa sayuran dan dhal. Lauk seperti ikan atau mutton hanya satu sahaja setiap hari dan itu pun sangat kecik saiz yang diberikan pada setiap orang. Ini bererti makanan mereka sangat ringkas dengan bersumberkan sayuran dan kekacang sahaja.







Manakala minuman yang dihidangkan sepanjang seminar ialah air kelapa, air tembikai dan air teh. Mula mulanya teragak agak juga untuk minum kerana perut asyik meragam dan kembung dari sebelum ke sana lagi. Tak putus putus saya mengambil ubat angin. Rupanya menurut seorang peserta seminar dari India, mereka mengamalan minum air kelapa terutama sepanjang tempoh kehamilan kerana kandungan mineralnya yang sangat bagus untuk kesihatan. Manakala isi kelapa diparut dan dimasukkan dalam masakan. Bukan seperti kita yang hanya memerah santan dan membuang hampasnya.

OK setakat ini dulu, saya akan sambung catatan perjalanan di entri akan datang...





from Azie Kitchen http://ift.tt/1AHr47p

SWEET SOUR IKAN BERNENAS

rsz_sweet_sour_nanas
Assalammualaikum, salam Khamis semua. Hari ni hari masak ringan2. Errr, bukan hari2 ke che mat masak ringan2. Ada masa kita nak masak menu yang mudah dan cepat. Contoh macam hari ni, che mat tadi dah masak sup petola sama tauhu telur, tapi sebab menu tu mudah sangat, che mat dah kongsikan di Instagram. Anda boleh lihat di instagram che mat di @matgebu . Lepas tu, goreng pulak ikan selar papan sekor. Ikan ni saiz dia agak besar juga, lepas goreng tu, nampak macam biasa2 sangat, macam togel aje. Dan dalam peti sejuk ada baki nenas semalam punya. Ok, jomm kita bikin sweet sour campur nenas. Resipi pun bukan susah sangat, lambakkan apa yang ada dalam kuali, masak dengan sos cili dan sos2 lain...ok siap dah. Nampak pun menarik, rasa dia...ehemm, tentulah sedap. Sesuai ni kalau anda ibu2 bekerja dan balik nak masak menu yang cepat, boleh cuba resipi che mat ni.....Jommm kita memasak!...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ikan selar papan (atau anda boleh guna ikan bawal, siakap atau kerapu), siang dan cuci bersih
1 camca teh serbuk kunyit*
3/4 camca teh garam*
1/2 camca teh serbuk lada sulah*
1/4 bahagian trafficlight capsicum, didadu
1/3 cawan isi nenas yang didadu
1 camca besar cili kisar
1 camca besar sos plum LIFE
2 camca besar sos cili Thai LIFE
2 camca besar sos tomato JALEN
1 biji bawang besar saiz kecil, belah 4 dan leraikan
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia, cincang halus
1/2 cawan air
1 biji limau kassturi
Sedikit sos ikan
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan disiang, kemudian cuci bersih. Buat beberapa kelaran  pada ikan tadi. Gaul dengan bahan2 bertanda (*) hingga rata. Kemudian goreng hingga masak kekuningan. Angkat, toskan minyaknya dan alihkan ke dalam pinggan sesuai. Ketepikan sementara kita bikin sosnya.
  2. Panaskan 4 camca besar minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing. Tambah sos cili thai, sos plum dan sos tomato. Kacau rata dan tuang air. Biar mendidih.
  3. Masukan nenas dan bawang besar. Masak hingga nenas lembut dan masukkan trafficlight capsicum. Perasakan dengan sos ikan secukupnya. Akhir sekali tambah jus limau kasturi, kacau rata dan rasa (mesti ada rasa masam, manis dan masin), jika ok boleh matikan api. Tuang atas ikan goreng tadi, ratakan dan tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain... Selamat mencuba!!.



from Dapur Tanpa Sempadan... http://ift.tt/1EZKNEt

Wednesday, May 6, 2015

Resepi nasi ayam






Entah kenapa saya tidak ada mood untuk memasak kebelakangan ini. Pertamanya kerana anak anak semua diet dan tak nak makan nasi. Keduanya kerana saya sendiri yang tiada mood untuk ke dapur. Entah lah terasanya sangat diri ini kosong dan sepi. Telah lebih dari 2 bulan, saya tidak ke surau untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah. Rasanya sejak Boy memulakan pengajian peringkat Ijazah. Sejak itu juga, hidup saya menjadi begitu sepi dan seperti tidak bersemangat. Beginilah hidup manusia yang ada masa nya suka dan ada masanya duka. Tapi saya akan cepat cepat memujuk hati dan mengingati Allah kerana dengan mengingatiNya sahaja lah hati akan menjadi tenang. Bila dalam keadaan stress, saya akan makan walaupun tidak lapar, saya akan keluar shopping walaupun tak tahu bila kainnya mahu ditempah. Bahaya sebenarnya keluar shopping di waktu stress kerana kita akan membeli sesuatu yang bukan keperluan pun. Sekarang kita masuk bab resepi nasi ayam yang saya mahu kongsikan hari ini pula.




Hari ini Nana masuk kerja sebelah malam, jadi dia memberitahu melalui WA famili yang dia ingin memasak nasi ayam untuk dimakan sewaktu berbuka puasa. Memang jadual dan waktu kerja dia agak pelik sedikit. Balik kerja petang dan pukul 9 malam masuk kerja lagi sekali, seolah bekerja 2 shif pula. Hmm mendengar beliau ingin memasak, saya cepat sahaja menyokong. Maklumlah dah lama tak makan di rumah. 

Jom layan resepi nasi ayam simple dimple tapi sedap dari hasil air tangan anakanda saya. Saya pun tak tahu dari mana Nana belajar resepi ini dan yang pasti ianya lainlah sedikit dari cara saya. Dia lebih yakin bila memasak, semuanya ikut gerak hati dia sahaja tanpa mengikut sukatan tertentu. Sambil dia memasak, saya hanya memerhati sambil mengambil gambar. Dalam hati terfikir, bilalah Nana akan menemui jodohnya bila asyik bekerja sahaja siang malam. Jodoh dan pertemuan semuakan telah ditentukan Illahi. Hmm ayat memujuk hati. Ooops terlebih sudah. OK lah sekarang kita layan resepi yang saya catit dari pemerhatian saya bila melihat dia memasak...



Nasi Ayam Dr Nana
Oleh: Azie Kitchen 

Kuah Sup
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
Air
Garam
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
2 biji ubi kentang - potong dadu
Bawang goreng - tabur
Daun sup - tabur 

Panaskan air secukupnya. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia kisar. Masukkan garam dan setelah menggelegak, masukkan ayam. Rebus sehingga ayam masak. Angkat ayam keluar dan toskan. Ketepikan sedikit air rebusan ayam untuk memasak nasi.

Di dalam kuali lain, panaskan sedikit minyak dan tumis rempah penumis sehingga naik bau. Masukkan air  rebusan ayam dan masak sehingga menggelegak. Kemudian masukkan pula kentang yang dipotong dadu. Setelah kentang lembut, masukkan bawang goreng dan tabur daun sup.


Nasi Ayam
3 pot beras - basuh dan tos
1 kiub ayam
2 ulas bawang merah - hiris
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
Air rebusan ayam
1 helai daun pandan
2 sudu majerin

Panaskan kuali dan masukkan majerin, setelah panas masukkan bawang dan rempah penumis. Tumis sehingga wangi. 




Tuang bahan tumis ke dalam beras yang telah ditos. Masukkan daun pandan, kiub ayam serta sedikit serbuk kunyit ke dalam periuk nasi. Kemudian baru dituangkan air rebusan ayam secukupnya. Masaklah nasi seperti biasa.




Ayam Madu
Ayam 
Madu
Kicap
Sos tiram
Sedikit minyak jagung

Satukan bahan bahan di atas dan lumur pada ayam. Perapkan seketika sebelum digoreng dengan minyak yang banyak. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.



Sambal Cili 
3 batang cili merah
5 ulas bawang putih
1 biji limau nipis
Sedikit air
1-2 sudu besar gula
Sedikit garam

Kisar cili, bawang putih, air limau nipis dan sedikit air. Tuangkan ke dalam mangkuk. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Sedia untuk dihidangkan.


Sambal Kicap
Sos tomato
Sos cili
Kicap
Sedikit air perapan ayam, jika suka

Satukan semua bahan dan sesuaikan rasa. Siap untuk dihidangkan.


Sayuran
Daun salad
Timu 
Tomato





from Azie Kitchen http://ift.tt/1INmScW

Tuesday, May 5, 2015

LEMAK CILI PADI...WARISAN ORANG REMBAU...

rsz_cili_perot_rebung
Assalammualaikum, salam Rabu semua. Hari ni che mat masukkan entri yang sepatutnya beberapa hari lepas punya. Tapi tak berkesempatan dan menu ini che mat masak Jumaat lepas. Lemak cili padi satu menu yang amat2 sinonim dengan negeri tanah adat, iaitu Negeri Sembilan. Pada pendapat che mat orang2 Negeri Sembilan amat2 pentingkan sedara mara atau 'waghih2' (waris2). Macam mana che mat tau, ehemm, datuk che mat (melayu) orang sana (Labu), dari suku biduanda dan uwan (Rembau) dari suku tiga nenek....errr, bertambah pelik kan sebab kat sana ada suku2..yang tu anda boleh google pasal negeri adat pepatih. Lemak cili padi babat sama rebung ni bahan2nya amat mudah dan betul2 mengikut gaya orang nismilan masak. Hanya gunakan cilipadi, kunyit, serai, santan, asam gelugor, garam dan secubit gula. Identiti masakan mereka, kuning, pekat dan pedas. Kalau teringin nak mencuba, che mat tuliskan resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
700 gram babat, cuci dan toskan*
1 inci halia, diketuk*
4 ulas bawang putih, diketuk*
1 camca teh garam*(*direbus hingga babat lembut)
600 gram rebung (boleh guna yang jeruk atau yang segar)
4 batang serai, diketuk
1 keping asam gelugor
1 helai daun kunyit, disiat
2 liter santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
40 biji cili padi kampung
2 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Toskan babat yang telah direbus tadi, biar sejuk. Kemudian potong kecil, masukkan ke dalam periuk bersama rebung (kalau rebung jeruk, cuci dan toskan. Kalau rebung segar, rebus 15 minit dalam air mendidih yang dicampur sedikit garam, kemudian toskan), serai dan bahan2 kisar halus. Kacau rata.
  2. Masak hingga mendidih, masukkan asam gelugor dan tuang santan. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga mendidih, masukkan daun kunyit. Kacau sentiasa dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak sekejap lagi rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..
CATATAN MAT GEBU :- Kalau anda guna cili padi kampung warna hijau, anda akan dapat masak lemak cili padi yang kehijau2an, kalau guna cili padi masak (warna merah), kuah masakan anda seperti dalam gambar...Kalau tak tahan pedas boleh kurangkan...Selamat mencuba!!


from Dapur Tanpa Sempadan... http://ift.tt/1DRLbQ6

Malam Anugerah Kurshiah 2015







Seperti biasa ETHICA, Persatuan Alumni Kolej Ketiga Universiti Malaya telah menaja meja untuk Majlis Malam Anugerah Kurshiah yang merupakan majlis makan malam tahunan untuk meraikan penghuni kolej. Walaupun dalam kepenatan kerana acara yang tidak putus putus sejak balik dari Chennai, saya gagahkan juga apabila hubby memberitahu yang beliau telah mengesahkan kehadiran saya ke majlis ini. Antara ahli ETHICA yang hadir adalah Dato Mohd Shafie Abdullah, Haji Kamaruddin, Dr Abdol Aziz, Encik Zulkifli dan Adibah, Encik Elias dan Linda Yasmin, Encik Azhar dan Dr Nor Salita serta Puan Yasmin Kamaruddin.






Majlis ini dihadiri oleh YBhg Tan Sri Arshad Ayub, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya. Pada malam ini juga buat pertama kalinya diperdengarkan lagu tema Kolej Ketiga yang telah diberi nafas baru. Di samping itu, diperkenalkan juga maskot baru Kolej Ketiga iaitu Si Kurshiah yang merupakan seekor burung Enggang. Makanan yang dihidangkan juga sangat sedap dan majlis ditambah seri dengan acara persembahan dari penghuni kolej serta penyanyi jemputan dari kumpulan I Am Neeta. Celoteh 3 orang pengacara majlis yang bersahaja juga membuatkan majlis menjadi sangat meriah dan tidak kering gusi dibuatnya. 





Selepas majlis, kami mengambil kesempatan untuk bergambar kenangan sesama sendiri, termasuk bersama Pengetua Kolej Master Jamaludin dan isteri. Kalau tidak kerana majlis seperti ini, agak sukar untuk kami bersua muka. Hanya sekadar berhubung melalui group WhatsApp sahaja.






Akhir sekali tahniah kepada pihak penganjur Majlis Malam Anugerah Kurshiah atas pengelolaan majlis yang sangat lancar dan meriah.





from Azie Kitchen http://ift.tt/1GYcik5

Di suatu pagi yang nyaman

Ini lah rutin harian kucing-kucing saya yang suka duduk depan pintu setiap pagi . Releks sambil tengok suasana di luar . Dalam gambar ni hanya ada 5 ekor dari 6 ekor kucing-kucing saya , kucing yang first saya bela ialah Bubu kemudian adik-beradik Oyen dgn abang dia Nestum . Awal Disember 2014 saya jumpa anak kucing di tepi jalan yang basah kuyup dengan sakit mata dan selsema , saya kutip dan bawa balik dans ekarang anak kucing tu dah berumur 6 bulan dan saya bagi nama Boboy . Kucing yang paling bongsu ialah Adora yang saya beli dari sebuah pet shop sebenarnya Adora adalah adik Oyen dan Nestum . di sebab kan sangat adorable saya bagi nama Adora ^_^ So sekarang ni saya dan anak-anak menjaga 6 ekor kucing yang sangat kami sayang dan menjadi penghibur hati kami sekeluarga . Saya share beberapa keping gambar my anak-anak bulus yang gebu gebas ni ^_^

Oyen tak dapat nak sama duduk depan pintu , kat belakang pun jadi la ya Oyen asal dapat releks sama-sama dengan geng ^_^


 Bestnya....


Paling kiri Boboy , Adora , abang sador Nestum , kak Bubu dan yang belakang tu kak Oyen . Love my cats ^_^


 Hai Adora , bulatnya mata tu..


Yang tengah ni la si adorable Adora , gerammmm tengok dia duduk macam tu ^_^



from RESEPI NENNIE KHUZAIFAH http://ift.tt/1R8M0i2